Sunday, March 23, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas naib presiden Argentina dipenjara

    BUENOS AIRES, 8 Ogos – Sebuah mahkamah di Argentina menjatuhkan hukuman penjara lima tahun 10 bulan terhadap bekas naib presiden Amado Boudou, kerana didapati bersalah melakukan rasuah dan menjalankan urusan perniagaan bertentangan dengan prinsip perkhidmatan awam, lapor agensi berita Xinhua kelmarin.

    Boudou, 55, memegang portfolio itu dari tahun 2011 hingga 2015, ketika di bawah pentadbiran bekas presiden Cristina Fernandez, yang juga tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan dalam pentadbiran kerajaan serta didenda AS$3,214.

    Boudou disabitkan bersalah oleh mahkamah jenayah persekutuan berhubung kes Ciccone, yang mana dia didakwa memperoleh keuntungan menerusi pemberian kontrak kerajaan kepada Percetakan Ciccone, satu-satunya syarikat swasta yang dibenarkan mencetak wang.

    Kes tersebut dibicarakan sejak 2012, turut menyaksikan bekas pemilik syarikat cetakan itu, Nicolas Ciccone didakwa melakukan penyelewengan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda