Friday, October 11, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas pegawai polis Malaysia menang rayuan

    PUTRAJAYA, 10 OKT – Seorang bekas pegawai polis yang disabitkan kesalahan membunuh seorang penterjemah Mongolia memenangi rayuan hari ini terhadap hukuman matinya di Malaysia, dengan mahkamah persekutuan meringankan hukuman itu kepada penjara 40 tahun.

    Warganegara Malaysia Azilah Hadri, 48, adalah salah seorang daripada dua pengawal peribadi kepada menteri pertahanan ketika itu Najib Razak yang disabitkan bersalah menembak Altantuya Shaariibuu pada 2006, dan kemudian meletupkan mayatnya dengan bahan letupan tentera berhampiran Kuala Lumpur.

    Rakan subahatnya, Sirul Azhar Umar, melarikan diri ke Australia pada 2015, di mana dia ditahan dalam tahanan imigresen sehingga dibebaskan November lalu.

    Azilah memfailkan rayuan itu selepas Malaysia meluluskan undang-undang baharu tahun lepas yang membenarkan hakim meringankan hukuman mati.

    Ketua Hakim Malaysia, Tengku Maimun Tuan Mat, berkata rayuan Azilah untuk hukuman ringan turut disokong oleh bapa mangsa, apabila dia menyemak semula hukuman itu kepada 40 tahun di penjara dan 12 sebatan.

    Pembunuhan Altantuya dikaitkan dengan skandal yang didakwa menyaksikan sogokan dibayar semasa perjanjian 2002 untuk membeli kapal selam Perancis, di mana warga Mongolia itu bekerja sebagai penterjemah.

    Dakwaan telah lama tersebar bahawa Najib dan isterinya, Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan itu. Kedua-duanya telah menafikan dakwaan tersebut.

    Najib, yang kemudiannya berkhidmat sebagai perdana menteri, pada satu ketika juga terpaksa menafikan secara terbuka mempunyai hubungan sulit dengan mangsa. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda