Friday, September 20, 2024
34.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas Peguam Fiji didakwa salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 1 MEI – Bekas peguam negara Fiji, Aiyaz Sayed-Khaiyum telah didakwa atas tuduhan menyalahgunakan jawatan, kata polis hari ini, menjadi tamparan baharu kepada bekas Perdana Menteri, Frank Bainimarama yang sepatutnya hadir di mahkamah minggu depan untuk berdepan dakwaan serupa.

    Sayed-Khaiyum menghadapi satu pertuduhan berhubung laporan yang dibuat oleh pemangku penyelia pilihan raya pada Februari, kata polis dalam satu kenyataan.

    Bekas peguam negara itu akan kekal dalam tahanan semalaman sebelum hadir di mahkamah majistret Suva esok.

    Sakeo Raikaci, ketua penyiasatan dan pendakwaan, meminta kesabaran dalam kes berprofil tinggi Sayed-Khaiyum, sekutu utama Bainimarama yang telah diundi daripada jawatan tahun lalu.

    “Sifat kompleks laporan menentukan perjalanan siasatan yang tidak mempunyai garis masa yang telah ditetapkan,” kata Raikaci dalam satu kenyataan.

    Pertuduhan yang dikenakan terhadap Sayed-Khaiyum adalah halangan terbaru bagi Bainimarama, yang mengetuai Fiji berikutan rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah pada 2006 sehingga pengundi menyingkirkannya daripada kuasa dalam pilihan raya Disember lalu.

    Bainimarama, 69, dijangka dihadapkan ke mahkamah pada 11 Mei, selepas mengaku tidak bersalah pada Mac atas pertuduhan menyalahgunakan jawatan.

    Bainimarama telah berikrar untuk menentang dakwaan bahawa dia menggunakan pengaruhnya untuk menamatkan siasatan polis.

    Ia telah melibatkan kakitangan di Universiti Pasifik Selatan Fiji pada Julai 2019. – AFP

    Bekas peguam negara Fiji, Aiyaz Sayed-Khaiyum telah didakwa atas tuduhan menyalahgunakan jawatannya. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda