Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas pelajar SMMA rai Aidilfitri bersama

    BELAIT, 16 APRIL – Bekas pelajar Sekolah Melayu Muhammad Alam (SMMA), yang kini dikenali sebagai Sekolah Rendah Muhammad Alam, berkumpul untuk mengimbau kenangan indah sambil meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama, baru-baru ini.

    Majlis yang berlangsung di Kelab Rekreasi Brunei Shell (BSRC) itu disertai oleh ahli kumpulan alumni dari tahun 1953 hingga 1988. Turut hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Ketua Kampung Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Lorong Tiga Selatan Seria, Haji Saidin bin Haji Ibrahim, bersama isteri.

    Pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk persembahan istimewa oleh ahli alumni,
    pertandingan pakaian Hari Raya tercantik serta cabutan bertuah, sekali gus menceriakan suasana majlis.

    Selain itu, hidangan makanan yang dibawa secara potluck oleh para hadirin turut disajikan sepanjang majlis.

    Gambar ramai bekas pelajar SMMA yang hadir pada majlis berkenaan di BSRC baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN KUMPULAN ALUMNI SMMA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda