Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas pemain kriket meninggal dunia

    LONDON, 5 DIS – Bob Willis, yang terkenal memberikan kegembiraan buat England semasa kemenangan dramatik pasukan Tests menentang Australia pada tahun 1981, telah meninggal dunia pada usia 70 tahun, keluarganya mengumumkan kelmarin.

    Willis telah membuat 90 penampilan dengan pasukan Tests, mengambil 325 wiket dengan permainan agresif dan juga sebagai kapten England sebelum bersara pada tahun 1984 dan beralih karier ke bidang penyiaran.

    Difahamkan Willis telah didiagnosis menghidap kanser prostat tiga tahun lalu, dan kesihatannya semakin merosot sejak dua bulan lalu, dengan imbasan X-ray baru-baru ini mendedahkan kanser itu telah merebak.

    “Kami bersedih atas kehilangan orang kesayangan kami Bob, yang merupakan suami, bapa dan datuk yang luar biasa,” menurut kenyataan daripada keluarga Willis.

    “Dia memberikan impak besar kepada semua orang yang dikenalinya dan kami
    akan merindui dia sangat-sangat.”

    Lembaga kriket England dan Wales berkata ia merupakan sesuatu yang sangat menyedihkan dengan kematian Willis, dan menambah “Sukan kriket telah kehilangan sahabat tersayang.”

    “Dia akan sentiasa diingati kerana kecemerlangan dalam karier kriket… beberapa tahun kemudian sebagai penyiar, Bob memiliki persepsi dan suara yang dihormati di mikrofon,” kata ECB dalam satu kenyataan. – AFP

    Gambar fail pada 3 Jun 1983 menunjukkan pemain England dan Warwickshire Bob Willis, ditonton oleh pengadil Bill Alley. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda