Penyanyi rap Kanye West didakwa melakukan gangguan seksual terhadap bekas pembantu peribadinya iaitu Lauren Pisciotta di sebuah pesta yang dianjurkan P. Diddy.
Lauren Pisciotta, 36, mendakwa dia juga pernah dipaksa mengambil minuman dengan bahan terlarang sehingga membuatkan dia tidak sedarkan diri.
Menurut mStar, Pisciotta bagaimanapun tidak dapat mengingati peristiwa yang berlaku pada hari kejadian namun tahu Kanye melakukan sesuatu terhadapnya.
“Tetamu hanya diberikan dua pilihan iaitu minum air disediakan atau beredar daripada parti tersebut.
“Selepas minum saya tak ingat apa berlaku tetapi yang pasti Kanye bertanggungjawab dan menyerang saya secara seksual,” katanya.
Tidak mahu Kanye terlepas daripada hukuman undang-undang, Pisciotta memfailkan kes gangguan seksual terhadap Kanye pada 8 Oktober lalu.
Untuk rekod Pisciotta dipecat daripada tugas sebagai pembantu peribadi Kanye pada Oktober 2022.
Pada 16 September lalu, dunia hiburan kecoh apabila P. Diddy ditahan pihak polis di sebuah hotel di Manhattan, Amerika Syarikat.
Ia susulan selebriti tersebut dikaitkan dengan skandal Freak Off yang didakwa memperdaya wanita dan lelaki untuk terlibat dalam aktiviti seksual. – Agensi