Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Bekas pemimpin Colombia nafi terlibat kes bunuh

    BOGOTA, 28 NOV – Bekas presiden Colombia, Alvaro Uribe, kelmarin menafikan sebarang kaitan dengan pembunuhan beramai-ramai oleh kumpulan separa tentera yang telah meragut nyawa kira-kira 15 orang petani lebih 25 tahun yang lalu.

    Bekas presiden itu dikaitkan sejak dua minggu yang lalu oleh bekas ketua kumpulan separa tentera, Salvatore Mancuso, dengan pembunuhan di bandar El Aro pada tahun 1997, ketika Uribe menjadi gabenor di daerah Antioquia.

    “Saya tidak pernah berjumpa dengan kumpulan itu,” kata Uribe kepada wartawan selepas memberikan keterangan sumpah kepada pendakwa raya. “Hanya Mancuso yang saya kenal. Saya tidak pernah berbual dengannya.”

    Uribe, yang memimpin tentera bagi menentang pemberontak haluan kiri dan pengedar dadah semasa menjadi presiden, telah terlibat dalam penyiasatan jenayah.

    Uribe juga menghadapi tindakan undang-undang yang sah atas tuduhan mempengaruhi seorang saksi yang mengaitkannya dengan kumpulan separa tentera namun mengubah keterangannya. – AFP

    Bekas presiden Colombia, Alvaro Uribe (2002-2010), semasa memberi keterangan pada sidang media di Pejabat Peguam Negara, di Bogota pada 27 November, terhadap satu pembunuhan pada tahun 1997. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...