Monday, March 31, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas pemimpin PBB seru ‘warga global’ bina jambatan silaturahim

    ALPBACH, AUSTRIA, 26 OGOS – Bekas pemimpin PBB, Ban Ki-Moon, yang kini menjadi pengerusi bersama Pusat Ban Ki-Moon bagi Warga Global di Vienna, kelmarin berkata konsep kewarganegaraan global adalah satu kerangka penting dalam tempoh yang menyaksikan kebangkitan populisme dan nasionalisme, lapor agensi berita China Xinhua.

    Warga global bukan hanya mengenal pasti diri mereka sebagai anggota sesebuah negara malah anggota komuniti global, kata Ban sambil menambah bahawa mereka boleh bertindak sebagai ejen perubahan dan pemimpin masa depan.

    “Matlamat kami ialah untuk membina jambatan dan bukannya tembok,” katanya.

    “Ketika saya berada dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selama 10 tahun, saya telah bertemu pelbagai pemimpin, kebanyakannya pemimpin politik namun saya melihat tidak ramai pemimpin global,” kata Ban dalam ucapan pembukaan beliau pada satu sesi politik Forum Eropah Alpbach (EFA).

    Bagi menangani cabaran hari ini, termasuk kemiskinan, kesukaran ekonomi dan kebimbangan sosial, dunia memerlukan ‘warga global’, yang memahami serta menerima budaya, kepercayaan dan orang lain, kata Ban pada sesi yang bertema “Think globally, act regionally: promoting the UN Sustainable Development Goals in Europe.” – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda