WASHINGTON, 17 OKT – Bekas penasihat keselamatan negara Amerika Syarikat (AS) John Bolton, seorang daripada pengkritik paling lantang Presiden Donald Trump telah didakwa atas kesalahan salah pengendalian maklumat pertahanan sulit pertahanan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Jabatan Kehakiman kelmarin berkata Bolton dituduh menghantar dan menyimpan dokumen rahsia tertinggi secara tidak sah.
“Juri agung telah mengemukakan pendakwaan itu.
“Sesiapa yang menyalahgunakan kuasa dan menggugat keselamatan negara akan dipertanggungjawabkan,” kata Peguam Negara AS Pam Bondi dalam satu kenyataan. “Tiada sesiapa pun yang terkecuali daripada tindakan undang-undang.” – Bernama


