Thursday, April 24, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas pengurus England ‘sakit tenat’

    LONDON, 28 Okt – Bekas pengurus England, Glenn Hoddle telah dimasukkan ke hospital selepas jatuh sakit pada ulang tahun kelahirannya ke-61, kelmarin.

    Hoddle jatuh sakit sejurus dia memulakan tugasnya sebagai pengulas di BT Sport.

    “Keadaannya serius tapi Glenn kini menerima rawatan pakar dan bertindak balas dengan baik,” kata jurucakap bekas pemain Tottenham dan pemain tengah Chelsea itu.

    Terdahulu penyampai BT, Jake Humphrey berkata, keadaan Hoddle ‘serius ketika berada di studio BT Sport pagi itu.’

    Manakala Twitter pasukan kebangsaan England memaparkan: “Satu berita yang membimbangkan. Semoga cepat sembuh, Glenn Hoddle – kami semua mendoakan anda.”

    Tottenham, kelab yang mana bakat Hoddle terserlah apabila menang dua Piala FA dan Piala UEFA turut memberi sokongan dalam Twitter mereka.

    “Setiap orang di kelab ini berharap Glenn Hoddle akan pulih dan sembuh dengan cepat selepas jatuh sakit pagi tadi,” tulisnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda