ROM, 5 APRIL – Bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, 86, dimasukkan ke hospital hari ini disebabkan masalah pernafasan, lapor media Itali.
Beliau menjadi perdana Menteri selama tiga kali itu berada dalam rawatan rapi di hospital San Raffaele di Milan, di mana dia biasanya menerima rawatan, lapor agensi berita LaPresse, Sky TG24 dan Corriere della Sera.
Berlusconi mempunyai beberapa siri masalah kesihatan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, yang terbaharu pulih daripada COVID-19 pada 2020. Beliau memberitahu pemberita selepas keluar dari hospital selama 10 hari, penyakit itu adalah berbahaya dan merupakan cabaran paling berbahaya yang pernah dihadapinya.
Dia telah memakai perentak jantung selama bertahun-tahun, menjalani pembedahan jantung untuk menggantikan injap aorta pada 2016 dan telah menjalani rawatan kanser prostat.
Berlusconi baharu sahaja menjalani pemeriksaan biasa minggu lepas di San Raffaele, tempat doktor peribadinya bertugas. – AP


