Bekas pesakit COVID-19 terima bil rawatan AS$1.1 juta

WASHINGTON, 14 JUN – Seorang warga emas Amerika Syarikat (AS) berusia 70 tahun yang hampir mati akibat COVID-19, terkejut apabila menerima bil perbelanjaan hospital berjumlah AS$1.1 juta, lapor Seattle Times.

Michael Flor dimasukkan ke sebuah hospital di bandar sebelah barat laut AS pada 4 Mac lalu, dan tinggal selama 62 hari, dan pada satu ketika hampir mati sehingga jururawat terpaksa menghubungi isteri dan anaknya untuk mengucapkan selamat tinggal.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan sembuh dan disahkan bebas daripada jangkitan COVID-19 pada 5 Mei lalu sehingga mengejutkan petugas hospital berkenaan, dan kemudian menerima bil setebal 181 halaman berjumlah AS$1,122,501.04, katanya kepada akhbar itu.

Jumlah perbelanjaan itu termasuk AS$9,736 sehari untuk bilik rawatan intensif, hampir AS$409,000 bayaran transformasi menjadi bilik steril selama 42 hari, AS$82,000 untuk penggunaan ventilator selama 29 hari, dan hampir AS$100,000 untuk dua hari ketika prognosisnya mengancam nyawa.

Flor dilindungi oleh Medicare, program insurans kerajaan untuk warga emas, sekali gus dia tidak memerlukan keluar wang sendiri, menurut Times.

Bagaimanapun, di negara di mana rawatan kesihatan adalah yang paling mahal di dunia – dan idea untuk bersosialisasi masih sangat kontroversi – lelaki itu mengatakan dia rasa ‘bersalah’ apabila mengetahui bahawa pembayar cukai akan menanggung kebanyakan kos. “Jutaan dolar menyelamatkan nyawa saya, dan tentu saja saya mengatakan bahawa wang itu dibelanjakan dengan baik …tetapi saya juga tahu mungkin saya satu-satunya yang mengatakannya,” katanya, dipetik Times. Rancangan besar oleh Kongres adalah untuk memastikan ekonomi AS terus bertahan apabila sekatan perintah berkurung bagi mencegah COVID-19, termasuk bajet AS$100 juta untuk memberi ganti rugi kepada hospital dan syarikat insurans swasta yang merawat pesakit COVID-19. – AFP