Friday, January 3, 2025
33.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas pesalah larikan diri tinggal isteri sendirian

    Bekas pekerja penyanyi Azza Elite yang didakwa mencuri wang syarikat bertindak melarikan diri ketika terserempak dengan suaminya di sebuah pasar raya di Ukay Perdana, Selangor.

    Azza atau Nor Azzarima Zawari, 47, berkata, lelaki berkenaan juga tergamak tinggalkan isterinya di pasar raya tersebut semata-mata mahu mengelak dari bersemuka dengan suaminya.

    “Tadi (pesalah) terjumpa suami saya, kenapa awak lari? Saya tak fahamlah. Dia (pesalah) boleh pula buat seolah-olah macam tiada apa.

    “Dia (pesalah) sampai tinggalkan isteri dia di Giant, Ukay Perdana sebab nak lari daripada suami saya.

    “Tetapi suami saya tak sempat kejar, dia dah lesap dulu,” katanya menerusi Instagram kelmarin.

    Berserta kapsyen, Azza turut memuat naik foto memaparkan wajah bekas pekerjanya itu.

    Meskipun sudah membuat laporan polis sejak Oktober lalu, Azza memberitahu usaha menjejaki keberadaan lelaki terbabit masih gagal sehingga kini.

    Jelasnya, dia tiada pilihan selain menyebarkan gambar bekas pekerjanya itu di platform media sosial atas nasihat pihak polis.

    “Polis Gombak tak dapat cari dia, polis Ampang pun sama. Habis itu siapa nak tangkap penipu ini?

    “Polis minta saya viralkan muka dia (supaya) senang sikit. Sesiapa nampak Aliff di Ukay Perdana, tolonglah bawa dia ke mana-mana balai,” jelasnya.

    Pada 8 Oktober lalu, Azza meluahkan rasa kesal dengan tindakan pekerjanya mencuri wang hasil jualan kek coklat yang diusahakan dengan cara menukarkan kod QR menyalurkan hasil jualan terus ke akaun peribadinya selama tiga bulan. – Agensi

    Azza ceritakan kisah pesalah lari selamatkan diri apabila terjumpa suaminya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda