Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas peserta Produce 101 mirip V BTS

    Anggota kumpulan Waker iaitu Kwon Hyeop mencuri perhatian apabila dia dikatakan mempunyai iras seperti V BTS.

    Hyeop yang sebelum ini dikenali menerusi program realiti Produce 101 musim kedua bagaimanapun dituduh cuba meniru gaya V bagi meraih perhatian peminat, lapor mStar.

    Meskipun menyangkal dakwaan tersebut, Hyeop bagaimanapun berjaya mendapat perhatian warganet apabila sebuah komuniti dalam talian diwujudkan bagi membincangkan persamaan di antaranya dan V.

    Pada awalnya, ramai menyangka foto Hyeop yang dikongsi dalam komuniti itu adalah V dan mereka tidak menafikan kedua-dua mereka mempunyai wajah seiras.

    “Sekiranya saya tidak membaca kapsyen itu, saya menyangka dia adalah V.

    “Mereka benar-benar seperti kembar, sangat serupa,” tulis warganet.

    Bagaimanapun, terdapat juga peminat yang tidak bersetuju dan mengatakan bahawa hanya gambar pertama yang dikongsi kelihatan seperti V, manakala gambar-gambar lain tidak menunjukan kedua-dua mereka seiras.

    “Dia (Kwon Hyeop) hanya meniru gaya rambut seperti V.

    “Jika awda (warganet) menonton videonya, mereka tidak serupa sama sekali,” komen warganet. – Agensi

    Kwon Hyeop (kanan) dikatakan mempunyai iras seperti V BTS. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda