Thursday, January 30, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas peserta program SSEAYP 2002 adakan pertemuan semula

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JAN – Bagi sama-sama mengimbau detik-detik kenangan dalam mengikuti program Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara (SSEAYP) dan Jepun, bekas peserta program berkenaan bagi tahun 2002 telah mengadakan majlis pertemuan semula di Tarindak D’Seni di ibu negara, kelmarin.

    Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Awang Ahanapi bin Haji Mahadi yang mana beliau merupakan ketua rombongan bagi para peserta program tahun 2002.

    Pada majlis itu, beliau melahirkan kesyukuran kerana dapat mengadakan majlis seumpamanya dengan penuh harapan agar ikatan silaturahim yang telah lama terjalin itu akan sentiasa berkekalan dan dihasratkan akan disusuli dengan pelbagai acara ukhuwah pada masa akan datang.

    “Selain mengongsi pandangan, program ini telah memberi impak positif kepada peserta program yang terdiri dalam kalangan belia untuk bertukar-tukar pandangan dengan peserta program dari negara lain,” jelasnya.

    Turut hadir pada acara itu ialah Presiden Persatuan Bekas-bekas Peserta Kapal Belia Asia Tenggara (Persatuan BERSATU), Hajah Rosmawatiniah binti P.A. Haji Ibrahim dan ahli keluarga bekas peserta program.

    Pertemuan semula bekas peserta program SSEAYP 2002 bersama ketua rombongan dan Presiden BERSATU serta ahli keluarga. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda