Bekas PM Jepun meninggal dunia pada usia 101

TOKYO, 29 NOV – Bekas Perdana Menteri Jepun Yasuhiro Nakasone (gambar bawah) meninggal dunia pada usia 101 tahun, lapor agensi berita Xinhua, menurut sumber pada Jumaat.

Nakasone menjadi perdana menteri Jepun dari November 1982 hingga November 1987. Dikenali sebagai seorang ahli politik yang banyak menyokong untuk memperkukuh pertahanan Jepun dengan menyalurkan peruntukan yang banyak, beliau meninggal dunia di sebuah hospital di Tokyo pada pukul 7 pagi waktu tempatan, Jumaat.  Sepanjang perkhidmatannya beliau dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Presiden Amerika Syarikat Ronald Reagan pada 1980-an.

Dilahirkan di Bandar Takasaki, di wilayah Gunma pada 1918, Nakasone mula menceburkan diri dalam arena politik pada 1947, memperoleh kerusi di Parlimen dan berjaya mengekalkannya dalam 20 kali pilihan raya. –Bernama