Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas PM Jepun Tomiichi Murayama meninggal dunia

    TOKYO, 17 OKT – Bekas Perdana Menteri Jepun, Tomiichi Murayama yang menerajui negara itu pada pertengahan 1990an meninggal dunia hari ini di kampung halamannya di Oita pada usia 101 tahun, menurut Kyodo News.

    Dilahirkan pada 3 Mac 1924 di Wilayah Oita, Murayama menjadi pengerusi Parti Sosialis Jepun pada 1993 dan berkhidmat sebagai perdana menteri dari Jun 1994 hingga Januari 1996.

    Murayama bersara daripada politik pada tahun 2000 dan terus menumpukan dirinya kepada usaha untuk keamanan.

    Pada 15 Ogos 2020, sempena ulang tahun ke-25 kenyataannya, Murayama menekankan kepentingan mengakui sejarah, menyatakan permohonan maaf serta tekad untuk menahan diri daripada pencerobohan dan penjajahan dan berharap kenyataan Murayama akan terus menyumbang kepada perdamaian, keamanan dan pembangunan di Jepun, Asia dan dunia pada masa hadapan. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda