Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas PM Kemboja meninggal dunia di Perancis

    PHNOM PENH, 28 NOV – Bekas perdana menteri Kemboja, Putera Norodom Ranariddh meninggal dunia di Perancis hari ini, umum menteri penerangan negara itu dalam laman Facebook.

    Putera itu dilantik sebagai perdana menteri pada tahun 1993 selepas bertahun-tahun perang saudara yang menyingkirkannya dalam rampasan kuasa berdarah pada 1997 diketuai oleh pasukan yang setia kepada pemerintah kuat ketika ini, Hun Sen.

    Ranariddh yang berusia 77 tahun meninggal dunia pagi ini susulan penyakit yang dihidapinya, tulis Menteri Maklumat, Khieu Kanharith dalam laman Facebook, memetik pegawai istana.

    Dalam surat takziah yang dihantar kepada isteri Ranariddh, Hun Sen berkata kemangkatan abang tiri kepada Raja Norodom Sihamoni itu bermaksud, ‘kehilangan pembesar diraja yang ulung yang mencintai negara, agama dan raja’. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda