Thursday, October 17, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas PM Malaysia dimasukkan ke hospital

    KUALA LUMPUR, 16 OKT – Bekas Perdana Menteri Malaysia yang berusia hampir 100 tahun, Mahathir Mohamad, telah dimasukkan ke hospital kerana jangkitan pernafasan, kata pembantunya kepada AFP, hari ini.

    Bekas perdana menteri dua kali itu, kali terakhir dimasukkan ke hospital Julai lalu akibat batuk berterusan.

    Pembantunya hari ini berkata beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara kelmarin.

    “Pihak hospital telah menyatakan puncanya adalah disebabkan oleh jangkitan saluran bawah pernafasan,” kata Sufi Yusoff.

    “Beliau dijangka menerima rawatan untuk beberapa hari akan datang.”

    Mahathir meraikan ulang tahun ke-99 tahun Julai lalu. Beliau telah mengalami beberapa masalah jantung sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan menjalani pembedahan pintasan.

    Selain dimasukkan ke hospital Julai lalu, dia juga menghabiskan hampir tiga bulan di hospital awal tahun ini.

    Mahathir telah digelar sebagai pemimpin paling lama berkhidmat di dunia selepas menerajui jawatan dua kali, pertama kali memegang jawatan sebagai pemimpin kebangsaan keempat negara Asia Tenggara itu dari 1981 hingga 2003.

    Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai perdana menteri buat kali kedua pada usia 92 tahun dari 2018 hingga 2020. – AFP

    Gambar fail bertarikh 24 Mei 2024 menunjukkan Mahathir Mohamad semasa bercakap pada Forum Nikkei Masa Depan Asia di Tokyo. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda