ISLAMABAD, 3 Nov – Perdana menteri Pakistan yang digulingkan Nawaz Sharif hadir ke perbicaraan di sebuah mahkamah anti-rasuah di mana peguamnya meminta hakim untuk menggabungkan tiga kes rasuah terhadapnya.
Sharif, yang pulang dari London pada hari sebelumnya, tiba di mahkamah pada hari Jumaat di tengah-tengah keselamatan yang ketat, bersama anak perempuan dan menantunya.
Menteri Penerangan Maryam Aurangzeb berkata perbicaraan seterusnya akan diadakan pada Selasa apabila keputusan pengaduan bela diri itu akan diumumkan.
Sharif yang berumur 67 tahun telah terlibat dalam kes-kes rasuah yang berpunca daripada dokumen yang bocor dari firma undang-undang Panama. Dia dipecat dari jawatan oleh Mahkamah Agung negara pada bulan Julai kerana menyembunyikan aset di luar negara dan tuduhan rasuah yang lain.
Dia didakwa bulan lalu dan mengaku tidak bersalah. Isterinya pula ketika ini sedang menerima rawatan perubatan di London. – AP
![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/11/P14-B_041117.jpg)