Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bekas PM Palestin meninggal dunia

    RAMALLAH, PALESTIN, 23 FEB – Bekas Perdana Menteri Palestin, yang juga antara arkitek perjanjian pelan damai dengan Israel, Ahmed Qureia meninggal dunia pada usia 85 tahun, kata Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam.

    Abbas menyampaikan ucapan takziah kepada rakyat Palestin sambil berkata Qureia mendedikasikan hidupnya mempertahankan perjuangan Palestin. Abbas mengesahkan kematian Ahmed Qureia semalam, namun tidak mendedahkan punca kematian, tetapi Ahmed dilaporkan mengalami sakit jantung.

    “Abu Alaa (Ahmed Qureia) berdiri di hadapan untuk mempertahankan dan mempromosikan pembentukan Negara Palestin termasuk sumbangan terhadap Pertubuhan Pembebasan Palestin,” kata Abbas dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita WAFA.

    Qureia antara tokoh utama dalam Perjanjian Oslo dan beliau telah membela perjuangan rakyat Palestin di arena nasional dan antarabangsa, kata Abbas. – Bernama/AP

    Tentera Palestin mengusung jenazah bekas Perdana Menteri Palestin Ahmed Qureia semasa upacara pengebumiannya di ibu pejabat Pihak Berkuasa Palestin di bandar Ramallah kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...