Friday, November 15, 2024
33.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas polis Thailand nafi tukar bukti kes langgar lari maut

    BANGKOK, 11 SEPT – Seorang bekas pegawai kanan polis Thailand kelmarin menafikan tuduhan mengubah bukti dalam kes langgar lari yang menyebabkan kematian yang melibatkan pewaris kekayaan Red Bull lebih 10 tahun lalu.

    Ini adalah kali pertama seseorang hadir ke mahkamah atas pertuduhan yang dikaitkan dengan nahas 2012, di mana Vorayuth ‘Bos’ Yoovidhya dituduh melanggar motosikal seorang anggota polis dengan Ferrari miliknya, sekali gus membunuh pegawai tersebut di tempat kejadian.

    Bekas ketua polis negara, Jeneral Somyot Poompanmoung, bersama seorang bekas timbalan peguam negara dan enam yang lain, menafikan pertuduhan salah laku dan menutup kes dalam satu perbicaraan di Bangkok.

    Kes berkenaan telah lama menarik perhatian orang ramai di Thailand sebagai lambang apa yang dikatakan oleh pengkritik sebagai kekebalan yang dinikmati oleh golongan yang sangat kaya dan berpengaruh di negara itu.

    Vorayuth menghadapi pertuduhan menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu dan memiliki bahan terlarang tetapi mengelak daripada pendakwaan dan melarikan diri dari Thailand sejurus selepas kejadian itu, telah kembali tahun lalu.

    Dia berulang kali menafikan sebarang salah laku.

    Lapan lelaki itu menafikan pertuduhan menukar rekod kelajuan pemanduan Yoovidhya – yang pada asalnya dicatatkan sebagai 177 kilometer sejam – kepada 80 kilometer sejam.
    Beberapa pertuduhan dalam kes berkenaan telah mencapai had masa, kecuali pertuduhan memandu menyebabkan kematian yang akan tamat pada tahun 2027.

    Perbicaraan seterusnya dan pemeriksaan bukti prosedur akan diadakan pada 30 Oktober. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda