Saturday, July 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas pramugara dipenjara 18 tahun rakam kanak-kanak dalam tandas pesawat

    BOSTON, 24 JULAI – Seorang pramugara telah dijatuhi hukuman penjara hampir 20 tahun kelmarin kerana didakwa merakam secara rahsia beberapa kanak-kanak perempuan dalam tandas pesawat menggunakan telefon bimbit yang dilekatkan secara tersembunyi pada penutup tandas.

    Bekas pramugara American Airlines, Estes Carter Thompson III, dijatuhi hukuman penjara selama 18 tahun enam bulan, diikuti dengan lima tahun pengawasan selepas pembebasan.

    Hakim Mahkamah Daerah Boston, Julia Kobick, menyifatkan perbuatannya sebagai ‘menjijikkan’ dan berkata mangsa kanak-kanak ‘telah kehilangan kesucian mereka’ disebabkan oleh tindakan tertuduh.

    Thompson ditahan dan didakwa pada Januari 2024 di Lynchburg, Virginia, selepas pihak berkuasa mengatakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun yang menaiki penerbangan tersebut menemui peralatan rakaman rahsia dalam tandas.

    Dia telah didakwa tahun lalu atas satu pertuduhan cubaan eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak dan satu pertuduhan memiliki gambar penderaan seksual kanak-kanak yang menunjukkan mangsa bawah umur.

    Dia memohon maaf di mahkamah kelmarin, menyifatkan perbuatannya sebagai ‘mementingkan diri, songsang dan salah’. – AP

    Gambar yang disediakan oleh firma guaman Lewis & Llewellyn LLP menunjukkan telefon pintar yang dilekatkan pada penutup tempat duduk tandas dalam penerbangan American Airlines dari Charlotte, ke Boston pada 2 September 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda