Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bekas Presiden AS terima jagaan hospis

    HOUSTON, 19 FEB – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Jimmy Carter akan menghabiskan sisa hayatnya di rumah bersama keluarga dan menerima rawatan hospis, lapor Xinhua memetik kenyataan Carter Center pada Sabtu.

    “Selepas menerima rawatan yang singkat di hospital, bekas Presiden AS, Jimmy Carter hari ini memutuskan untuk menghabiskan sisa hidupnya di rumah bersama keluarga dan menerima rawatan hospis.

    “Beliau mendapat sokongan penuh keluarga dan pasukan perubatannya.
    “Keluarga Carter memohon agar diberikan ruang privasi pada saat ini dan berterima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan ramai penyokongnya,” menurut Carter Center dalam satu kenyataan.

    Carter disahkan mengalami beberapa masalah kesihatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk kanser otak.

    Beliau merupakan pemimpin parti Demokrat, dan berkhidmat sebagai presiden AS dari 1977 hingga 1981.

    Beliau merupakan bekas presiden AS tertua yang masih hidup. – Bernama

    Reaksi Jimmy Carter ketika isterinya Rosalyn Carter bercakap semasa resepsi meraikan ulang tahun perkahwinan ke-75 pada 10 Julai 2021 di Plains, AS. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...