WASHINGTON, 5 OGOS – Mahkamah Tertinggi Brazil mengarahkan bekas Presiden, Jair Bolsonaro untuk menjalani penahanan dalam rumah, lapor agensi Anadolu (AA) yang memetik media tempatan kelmarin.
Bolsonaro kini sedang dibicarakan atas dakwaan merancang komplot untuk terus berkuasa selepas tewas dalam pilihan raya presiden 2022 kepada penyandang kini, Luiz Inacio Lula da Silva.
Bulan lalu, mahkamah turut mengarahkan beliau memakai alat pengesan elektronik di pergelangan kaki satu tindakan yang disifatkannya sebagai ‘penghinaan paling besar.’ – Bernama


