Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Bekas Presiden Brazil dihukum penjara lebih 27 tahun

    BRASILIA, 12 SEPT – Bekas Presiden Brazil, Jair Bolsonaro telah dijatuhi hukuman penjara selama 27 tahun tiga bulan kelmarin, selepas empat daripada lima hakim Mahkamah Agung Persekutuan mensabitkannya bersalah atas cubaan rampasan kuasa.

    Hakim Carmen Lucia dan Cristiano Zanin mengundi untuk mensabitkan kesalahan itu kelmarin.

    Bolsonaro didapati bersalah atas lima pertuduhan iaitu merancang rampasan kuasa, cubaan memansuhkan sistem demokrasi melalui kekerasan, penglibatan dalam organisasi jenayah bersenjata, kerosakan harta benda serta kemusnahan tapak warisan. 

    Mahkamah Agung Persekutuan telah membuka kes berkenaan pada 2 September lalu, dengan keputusan sabitan memerlukan majoriti daripada lima hakim. 

    Pada Selasa, Hakim Alexandre de Moraes dan Flavio Dino mensabitkan Bolsonaro bersalah atas pertuduhan berkaitan, manakala Hakim Luiz Fux pada Rabu mengundi untuk pembebasan.

    Bekas presiden berusia 70 tahun itu kini menjalani tahanan di rumah.

    Bagaimanapun, beliau masih boleh membuat rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Agung Persekutuan. – Bernama 

    Jair Bolsonaro melambai kepada penyokong sewaktu beliau meninggalkan hospital selepas beberapa minggu menjalani pembedahan, di Brasilia, Brazil pada 4 Mei. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Berita Berkaitan

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    AS desak perpecahan perniagaan iklan Google

    WASHINGTON, 23 NOV - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada...

    Terkini

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Ahli-ahli Majlis...

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...