Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Bekas Presiden Brazil diperintah pakai gelang pemantau

    SAO PAULO, 20 JULAI — Bekas Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, telah diperintahkan oleh pihak berkuasa untuk memakai alat pemantauan elektronik pada buku lalinya, menurut kenyataan rasmi pada Jumaat. Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai ‘satu penghinaan tertinggi’.

    Perkembangan tersebut berlaku ketika polis persekutuan menjalankan serbuan di kediaman beliau dan ibu pejabat partinya di Brasilia, selaras dengan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Agung Brazil.

    Perintah tersebut turut melarang Bolsonaro daripada meninggalkan rumah pada waktu malam, berkomunikasi dengan duta dan diplomat asing, serta menghampiri mana-mana kedutaan.

    Bekas presiden itu juga dilarang menggunakan media sosial atau berhubung dengan individu lain yang turut sedang disiasat oleh Mahkamah Agung, termasuk anak lelakinya, Eduardo Bolsonaro, seorang ahli parlimen Brazil yang kini menetap di Amerika Syarikat (AS) dan dikenali dengan hubungan rapatnya bersama Presiden Donald Trump.

    Bolsonaro kini sedang dibicarakan di Mahkamah Agung atas tuduhan mengetuai cubaan untuk melancarkan rampasan kuasa bagi membatalkan keputusan pilihan raya tahun 2022, di mana beliau tewas kepada Presiden berhaluan kiri, Luiz Inaacio Lula da Silva.

    “Ini adalah satu penghinaan tertinggi,” kata Bolsonaro kepada wartawan di Brasilia selepas memakai gelang pemantauan tersebut.

    “Saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkan Brazil, tidak pernah terlintas untuk pergi ke mana-mana kedutaan, tetapi langkah-langkah pencegahan ini dikenakan kerana dakwaan itu.” – AP

    Kaki Jair Bolsonaro ketika beliau berhenti bercakap dengan media selepas keluar dari Sekretariat Pentadbiran Penjara, susulan arahan Mahkamah Agung supaya beliau dipasang gelang pemantauan elektronik, di Brasilia, Brazil, pada 18 Julai. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    Bolsonaro ditahan cuba patahkan gelang elektronik

    BRASILIA, 23 NOV — Bekas Presiden Brazil, Jair Bolsonaro,...

    Brazil anggap penarikan balik tarif AS sebagai ‘kemajuan signifikan’

    SAO PAULO, 23 NOV - Naib Presiden Brazil, Geraldo...

    Kebakaran cetus pemindahan di COP30 Brazil, 13 sesak nafas

    BELEM, 21 NOV – Kebakaran yang merebak pantas di...

    Poland tutup konsulat Rusia terakhir selepas insiden sabotaj kereta api

    WARSAW, 19 NOV – Menteri Luar Poland berkata hari...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...