Bekas presiden dipenjara 20 tahun

SEOUL, 14 JAN – Mahkamah Tinggi Korea Selatan menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap bekas presiden, Park Geun-hye dalam keputusan terakhir mengenai skandal rasuahnya.

Keputusan itu mengakhiri proses perundangan yang panjang membabitkan banyak perbicaraan dan rayuan, termasuk perbicaraan di Mahkamah Agung sebelum ini.

Geun-hye adalah presiden wanita pertama negara itu yang dihukum penjara selama 30 tahun selepas satu tunjuk perasaan besar-besaran di jalanan menentang pemerintahannya. – AFP

AP