Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas presiden Honduras meninggal dunia

    TEGUCIGALPA, 5 APRIL – Bekas presiden Honduras, Rafael Callejas, yang didapati bersalah di Amerika Syarikat kerana terlibat dalam skandal rasuah FIFAgate, telah meninggal kelmarin pada usia 76 tahun, menurut kenyataan keluarganya.

    Callejas meninggal dunia kerana serangan jantung di hospital di Atlanta, Gerogia, kata keluarganya.

    “Kami sangat sedih untuk mengumumkan ba-hawa suami, bapa dan nenek yang tercinta telah meninggal dunia,” isterinya Noma Gaborit de Callejas berkata dalam kenyataan.

    Callejas dilahirkan pada 14 November 1943 di Tegucigalpa.

    Bekas seorang penuntut di Universiti Mississippi di Amerika Syarikat itu menjadi presiden Honduras dari tahun 1990 hingga 1994.

    Sebagai presiden, dia melaksanakan dasar ekonomi neo-liberal, penswastaan perkhidmatan awam.

    Dia turut menjadi ketua kesatuan bola sepak negara tersebut dari tahun 2002 hingga 2015, dan dia adalah bekas ahli Jawatankuasa Siaran Televisyen dan Pemasaran FIFA.

    Dia merupakan salah seorang dari 40 orang pegawai terlibat dalam skandal rasuah yang luas yang dikenali sebagai FIFAgate yang telah menggoncangkan bola sepak dunia.

    Callejas dituduh menerima rasuah dengan balasan menawarkan syarikat penyiaran televisyen yang berpangkalan di Miami, Media World yang memberikan hak penyiaran dan pemasaran kepada perlawanan kelayakan Piala dunia Honduras untuk tahun 2014,2018 dan 2022. – AFP

    Callejas yang didapati bersalah di AS kerana terlibat dalam skandal rasuah FIFAgate telah meninggal dunia pada usia 76. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda