Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas presiden Korea Selatan dibebaskan

    SEOUL, 31 DIS – Bekas Presiden Korea Selatan Park Geun-hye dibebaskan hari ini di bawah pengampunan khas yang diberikan oleh Presiden Moon Jae-in, lapor Xinhua memetik laporan agensi berita Yonhap.

    Park, yang dipenjarakan selama 57 bulan atas tuduhan rasuah, dilaporkan menerima surat pengampunan di sebuah hospital di Seoul, tempat dia dirawat selama lebih sebulan berikutan sakit bahu dan pinggang yang kronik.

    Bekas presiden berusia 69 tahun itu, menjalani pembedahan bahu pada 2019, dikatakan merancang untuk mendapatkan rawatan di hospital itu sehingga 2 Feb tahun depan.

    Seminggu sebelum itu, kementerian kehakiman mengumumkan Park dimasukkan dalam senarai pengampunan khas Moon untuk tahun baharu. Park dijatuhi hukuman penjara 22 tahun dan menjalani hukuman itu sejak 2017 selepas didakwa dan dipecat daripada jawatan atas tuduhan rasuah. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda