Sunday, April 27, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas speaker Dewan Negara Etiopia serah diri

    ADDIS ABABA, 2 DIS – Bekas speaker Dewan Negara Etiopia Keria Ibrahim, menyerah diri kepada pasukan tentera kerajaan semalam, lapor agensi berita Anadolu.

    Berita itu disahkan oleh Pasukan Petugas Darurat untuk Krisis Tigray.

    Beliau sebelum ini meninggalkan kerajaan dan menjadi ahli jawatankuasa eksekutif Pasukan Hadapan Pembebasan Rakyat Tigray (TPLF) yang telah diharamkan.

    Pihak berkuasa persekutuan memburu barisan pemimpin TPLF sejak tentera mengambil alih ibu kota wilayah Mekele, kubu terakhir TPLF pada 28 November lalu, sekali gus mengakhiri pertempuran selama berminggu-minggu.

    Pada 4 November, kerajaan melancarkan apa yang digelar sebagai operasi penguatkuasaan undang-undang terhadap TPLF setelah kumpulan itu menyerang pangkalan tentera di Tigray.

    Berlaku pertempuran sengit, menyebabkan lebih 41,000 rakyat Etiopia terpaksa melarikan diri ke negara jiran, Sudan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda