Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas Speaker Parlimen Tunisia dipenjara

    TUNIS, 16 MEI – Bekas Speaker Parlimen Tunisia, Rached Ghannouchi dijatuhi hukuman penjara setahun tanpa kehadiran semalam membabitkan kes badan keselamatan terhadapnya, lapor Xinhua.

    Ghannouchi, ketua parti Islam Ennahdha, turut didenda 1,000 dinar Tunisia (AS$333) oleh Mahkamah di Tunisia, lapor media tempatan.

    Ghannouchi dituduh menggelar pasukan keselamatan sebagai ‘zalim’ semasa upacara pengebumian seorang pemimpin parti Ennahda pada 2022, menurut laporan itu.

    Ghannouchi, 82, yang ditahan pada petang 17 April, berdepan beberapa pertuduhan, termasuk rasuah, pengubahan wang haram, keganasan dan pembunuhan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda