Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas suami Raja Azura gagal beri respons terhadap tuntutan nafkah

    Usaha pengacara Raja Azura menuntut nafkah bagi tiga orang anaknya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam terpaksa ditangguhkan susulan bekas suaminya, Adzmin Osman tidak memberikan kerjasama.

    Menurut peguam yang mewakili Raja Azura, iaitu Mohammad Amirul Hanizan, anak guamnya sudah melakukan pelbagai usaha untuk menjejaki bekas suaminya namun Adzmin menolak untuk memberi sebarang kerjasama secara baik.

    Malah anak guamnya juga bertemu sendiri dengan ahli keluarga bekas suami di Kedah dan Kuala Lumpur namun apa yang dilakukan tidak berhasil.

    “Semua usaha itu telah dimaklumkan kepada pihak mahkamah dan berpuas hati dengan keterangan kami. Kalau Adzmin masih ingkar, mahkamah sama ada memberi kebenaran terus kepada pihak plaintif untuk lakukan saman kepada pihak responden.

    “Saya tak berani nak kongsi banyak sebab macam-macam arahan yang pihak mahkamah boleh keluarkan,” katanya memetik laporan Kosmo.

    Ekoran itu, mahkamah menetapkan 3 Disember depan sebagai tarikh baru bagi penyerahan laporan penyampaian ganti yang dilakukan pihak plaintif.

    Sementara itu, Raja Azura atau Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 53, berharap bekas suaminya itu dapat memberi kerjasama dengan baik dalam menyelesaikan tuntutan tersebut.

    Katanya dia sudah melaksanakan tanggungjawab dengan baik sebagai ibu sehingga anak-anaknya berjaya dalam hidup mereka.

    “Tolong bagi respons, saya bukan nak cari kesalahan sesiapa di sini. Tapi ini adalah perintah Allah melaksanakan amanah dan tanggungjawab dia sebagai seorang ayah kepada tiga orang anak.

    “Saya pun nak minta dia menjalankan tanggungjawab dengan memberi nafkah kepada anak-anak dia. Saya buat ini kerana anak-anak dia.

    “Peguam ada beritahu anak boleh saman ayah itu jika mahu kerana sudah lebih usia tapi bagi saya tak nak. Saya memang didik anak saya menghormati ayah dia,” ujarnya.

    Untuk rekod, Raja Azura dan Adzmin mendirikan rumah tangga pada tahun 2001 dan bercerai pada 28 September 2010.

    Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq Adzmin, 23, Megat Luqman Hakim Adzmin, 22 dan Puteri Mia Maizura Adzmin, 20 tahun. – Agensi

    Raja Azura tuntut nafkah bagi pihak anak-anak namun tiada respons. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda