Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas suami tak bagi Kimberly pantang lepas bersalin anak pertama

    Pelakon Indonesia Kimberly Ryder mendedahkan bekas suaminya iaitu Edward Akbar pernah melarang dirinya daripada berpantang selepas bersalin anak pertama pada tahun 2019.

    Memetik laporan mStar, Kimberly atau Kimberly Alvionella Ryder, 31, Edward yang ketika itu masih bergelar suaminya berpendapat bahawa amalan berpantang adalah tidak penting.

    “Bila saya bersalin anak pertama, dia kata tidak perlu berpantang, biar sembuh semula jadi.

    “Pada masa itu, saya mahu berpantang tetapi tidak boleh. Dia kata takut susah nak dapatkan anak lagi.

    “Saya mengandung lagi selepas tiga bulan bersalin anak pertama,” katanya.

    Kimberly kini menjaga kedua-dua anaknya. – mStar

    Kimberly berkongsi perkara itu ketika muncul dalam podcast bersama Melaney Ricardo pada Khamis lalu.

    Dalam pada itu, Kimberly menitipkan pesanan kepada golongan wanita agar sentiasa mendengar kehendak diri sendiri dan bukannya orang lain.

    “Ini badan awak. Hidup awak. Awak yang mengandung, bukan suami.

    “Suami tidak tahu bagaimana rasanya mengandung. Awak perlu jaga badan sendiri,” ujarnya.

    Untuk rekod, Kimberly dan Edward mendirikan rumah tangga pada 26 Ogos 2018 dan sah bercerai pada 29 November lalu.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Rayden Starlight, 5 dan Aisyah Moonlight yang kini berusia 4 tahun. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda