Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas tahanan Guantanamo saman Kanada

    MONTREAL, 24 APRIL – Seorang bekas tahanan penjara Guantanamo yang menghabiskan hidup 14 tahun tanpa bicara memfailkan saman terhadap Kanada atas dakwaan peranan negara itu dalam penahanannya.

    Mohamedou Ould Slahi, 51, yang kisahnya diceritakan dalam filem The Mauritanian mendakwa, pihak berkuasa Kanada memberikan maklumat palsu mengenai tempoh dirinya menjadi pemastautin tetap di Montreal pada 1999, membawa kepada penangkapan dan penyeksaan seterusnya di penjara Amerika Syarikat (AS) itu.

    Perkara itu terkandung dalam aduan difailkannya semalam dan disemak AFP. Mohamedou menuntut 35 juta dolar Kanada sebagai ganti rugi atas penyeksaan dialaminya.

    Dalam tuntutan mahkamah itu, Mohamedou berkata dia berdepan penderaan fizikal, kurang tidur, dipaksa berdiri, bunyi bising berterusan, serangan seksual, pembunuhan olok-olok, ancaman bunuh dan penghinaan agama semasa berada di Guantanamo.

    “Penahanan dan penganiayaan Mohamedou berpanjangan kerana penerimaan serta penggunaan pengakuan paksa oleh pihak berkuasa Kanada mengesahkan penyeksaan dan penahanan berterusan,” kata peguamnya dalam aduan itu.

    Mohamedou ditangkap pada 2001 di Mauritania, kemudian dipenjarakan berturut-turut di Jordan dan Afghanistan, sebelum tiba di Guantanamo pada 2002, dalam apa yang disebut dalam bukunya sebagai jelajah dunia penyeksaan dan penghinaan.

    Dia dibebaskan pada 2016. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda