SCHWEINFURT, JERMAN, 27 JAN – Seorang bekas tentera Amerika Syarikat (AS) akan dibicarakan di Jerman hari ini atas pembunuhan seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun yang dipercayai mempunyai hubungan dengannya pada 1978, lapor agensi akhbar Jerman (dpa).
Lelaki itu kini berusia 70 tahun. Ketika pembunuhan itu dia berusia 24 tahun. Dia ditempatkan di Schweinfurt, bandar Bavaria kini akan dibicarakan di mahkamah daerah.
Menurut kertas pertuduhan, dia menikam wanita yang sedang hamil itu sebanyak 14 kali dengan tujuan untuk menyembunyikan hubungan sulit itu.
Tertuduh telah ditahan di negeri Nebraska AS pada 2023 dan kemudiannya diekstradisi. Dia telah menafikan tuduhan itu.
Dia berjaya dijejaki melalui kesan DNA yang ditemui pada pakaian mangsa, menggunakan kaedah forensik yang tidak tersedia pada masa kejadian.
Pendakwa raya melihat bukti baharu itu sebagai bukti kukuh atas kesalahannya. – Bernama