Wednesday, March 19, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekerjasama merealisasikan Wawasan Negara 2035

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Feb – Tema Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-33, Menjayakan Wawasan Negara, mempunyai makna yang amat besar kepada segenap lapisan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam di mana negara akan menghadapi pelbagai cabaran yang memerlukan kerjasama serta sokongan daripada semua lapisan masyarakat untuk sama-sama mencapai Wawasan Negara 2035.

    Semangat perpaduan serta ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mendokong kepimpinan bijaksana Baginda dan kerajaan Baginda dapat disaksikan dengan penyertaan peserta-peserta pelbagai peringkat daripada murid sekolah rendah hingga kepada penduduk dan masyarakat Brunei dalam acara penuh bersejarah iaitu Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-33.

    Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dalam temu ramah ringkas bersama Media Permata selepas Raptai Penuh Acara Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-33 yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, hari ini.

    Yang Berhormat Pehin berkata bahawa segenap lapisan rakyat dan penduduk negara harus sama-sama terlibat dalam menjayakan Wawasan Negara 2035.
    Yang Berhormat Pehin berkata bahawa segenap lapisan rakyat dan penduduk negara harus sama-sama terlibat dalam menjayakan Wawasan Negara 2035.

    “Mereka semua akan merasakan bahawa inilah sebagai cara untuk mereka menzahirkan bagaimana mereka boleh sama-sama terlibat dalam menjayakan Wawasan Negara 2035.”

    Yang Berhormat Pehin turut menyatakan bahawa sepanjang negara menikmati kemerdekaan selama 33 tahun, pelbagai kemajuan dan pembangunan telah dicapai daripada pembinaan bangunan-bangunan baru serta mercu-mercu tanda negara baru termasuk yang terkini iaitu Jambatan Penghubung dari Sungai Kebun ke Jalan Residency serta juga prasarana lain negara yang melambangkan sebuah negara yang terus maju ke hadapan ke arah mencapai Wawasan Negara 2035.

    Terdahulu ketika mengulas mengenai persembahan para peserta semasa raptai penuh Acara Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-33 itu, Yang Berhormat Pehin berkata bahawa terdapat peningkatan dari segi mutu persembahan para peserta dan ternyata bahawa semangat para peserta terus meningkat serta yakin pada 23 Februari nanti, semangat para peserta akan lebih tinggi lagi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda