Oleh Daniel Lim
BELAIT, 26 MAC – Bagi memelihara tradisi Kedayan dalam membuat kelupis, keluarga-keluarga Kedayan dari seluruh negara hari ini telah berkumpul di salah satu rumah di Mumong, Kuala Belait untuk mengadakan bengkel membuat kelupis.
Bengkel tersebut dianjurkan oleh kumpulan Wais Kedayan Daerah Belait.
Antara aktiviti yang dijalankan sebagai sebahagian daripada bengkel tersebut ialah teknik-teknik yang betul dalam membuat beras pulut hingga proses menggulung kelupis.