Saturday, January 25, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Belajar hasilkan kompos daripada sisa makanan, pertanian

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JUN – Fakulti Pertanian (FOA), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menerima tiga lawatan sambil belajar daripada kumpulan guru dari pelbagai sekolah dalam menyokong Program Green School Gardening (GSG), Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (STEP), Kementerian Pendidikan.

    Lawatan sambil belajar itu telah diadakan berasingan pada 6, 13, dan 20 Jun, di FOA, Kampus Sinaut, UNISSA.

    Lebih kurang 56 orang yang terdiri daripada guru GSG dan pegawai-pegawai STEP telah menyertai lawatan sambil belajar tersebut.

    Narasumber bagi taklimat semasa lawatan tersebut ialah Profesor Dr Ahmed Osumanu Haruna, Profesor Madya Dr Hajah Rose binti Abdullah, dan Dr Syahirah binti Haji Shahlehi.

    Fasilitator berkenaan telah dibantu oleh Awang Ubaidullah bin Haji Mat Yassin, Hajah Siti Nur Dalina binti Haji Awang Daud, Dayang Noorfarahin binti Rashid, dan Awang Mohammad Shamsul bin Haji Metassim.

    Lawatan sambil belajar berkenaan adalah sebahagian daripada khidmat masyarakat yang diberikan oleh kakitangan FOA kepada guru-guru GSG.

    Semasa lawatan itu, para peserta telah diberikan taklimat tentang cara menghasilkan pindaan organik berkualiti tinggi seperti kompos daripada sisa pertanian dan makanan untuk meningkatkan produktiviti tanah dan tanaman.

    Taklimat menyentuh latar belakang dan teori pengkomposan bagi membolehkan mereka memahami konsep dan sains di sebalik subjek tersebut.

    Para peserta juga diberi peluang melibatkan diri dalam penyediaan kompos secara praktikal.

    Pada hari terakhir lawatan, sijil telah diberikan kepada staf akademik yang membantu taklimat oleh Pengarah STEP, Hajah Suriani binti Haji Noor Hashim sebagai tanda penghargaan.

    UNISSA berharap lawatan sambil belajar tersebut dapat memberi manfaat kepada para peserta tentang keberkesanan kompos terhadap tanah, tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar di samping mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dalam mengitar semula sisa pertanian dan makanan yang tidak diingini sebagai pindaan organik untuk tanaman di sekolah mereka.

    Peserta berpeluang melibatkan diri dalam penyediaan kompos secara praktikal semasa lawatan ke Fakulti Pertanian, Kampus Sinaut, UNISSA. – Gambar serahan UNISSA
    Gambar serahan UNISSA
    Gambar serahan UNISSA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda