Tuesday, March 18, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Belalai air cetus suasana panik di Labuan

    LABUAN, 2017 – Fenomena belalai air yang terbentuk di perairan Labuan menimbulkan suasana panik dalam kalangan penduduk di pulau bebas cukai ini.

    Kejadian itu berlaku tidak sampai 10 minit, namun ia cukup untuk menimbulkan rasa takut di kalangan beberapa penduduk pulau berkenaan.

    Belalai air itu terbentuk di permukaan air beberapa ratus meter dari pantai pada 11:45 pagi dan hilang tanpa mengakibatkan sebarang kerosakan.

    Namun begitu, Pejabat Meteorologi Labuan dihujani dengan panggilan telefon daripada penduduk yang dilanda ketakutan.

    Pengarahnya Donis Gunting ketika dihubungi, berkata belalai air itu berlaku disebabkan ketidakstabilan dalam atmosfera.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda