Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Belanda catat kes pertama varian baharu mpox

    ISTANBUL, 22 OKT – Institut kesihatan Belanda mengesahkan kes pertama membabitkan varian baharu virus mpox di negara itu, umum Menteri Kesihatan, Jan Anthonie Bruijn kelmarin, menerusi sepucuk surat kepada Parlimen.

    Jangkitan yang dikesan pada 17 Oktober itu melibatkan seorang lelaki yang tidak pernah menerima vaksin mpox dan tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara baru-baru ini, menurut Institut Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negara (RIVM).

    Pesakit kini dikuarantin, manakala perkhidmatan kesihatan perbandaran memulakan pengesanan kontak rapat, lapor penyiar berita awam NOS yang dipetik oleh agensi Anadolu.

    Bruijn berkata varian baharu yang dikenali sebagai mpox varian 1B itu turut dikesan di Sepanyol dan Amerika Syarikat.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) sedang memantau keadaan berkenaan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda