Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Belanda gantung aplikasi koronavirus

    THE HAGUE, BELANDA, 29 APRIL – Kerajaan Belanda telah menggantung sementara aplikasi amaran koronavirus di tengah kebimbangan isu privasi untuk orang yang memasang aplikasi tersebut di telefon yang menggunakan sistem operasi Android.

    Menteri Kesihatan Hugo de Jonge mengumumkan lewat semalam bahawa aplikasi CoronaMelder akan berhenti menghantar amaran selama 48 jam sementara kerajaan memeriksa sama ada data pengguna adalah selamat.

    Aplikasi Belanda menggunakan teknologi ‘pemberitahuan pendedahan’ yang dibangunkan oleh Google dan Apple yang menghasilkan kod rambang yang boleh ditukar dengan telefon di mana pengguna berada cukup dekat di antara satu sama lain untuk masa lama untuk menyebar virus tersebut.

    Kementerian kesihatan berkata aplikasi lain dalam telefon Android mungkin boleh mengakses sama ada penggunanya telah dijangkiti dan kontaknya dengan telefon lain.

    “Privasi pengguna sentiasa kami utamakan. Sementara Google mesti menyelesai masalah yang timbul, saya boleh mengurangkan kesannya. Itulah sebabnya kami mengambil keputusan ini,” kata De Jonge dalam satu kenyataan.

    Menurut kementerian, Google menghubungi kerajaan semalam ia telah mengatasi isu tersebut. Kerajaan Belanda menghentikan pesanan dari aplikasi selama 48 jam untuk memeriksa sama ada kebocoran telah diatasi. – AP

    Pelanggan Belanda menikmati minuman pertama kopi mereka di sebuah kafe di Utrecht pada 28 April 2021.Kerajaan Belanda telah menggantung sementara aplikasi amaran koronavirus di tengah kebimbangan privasi untuk orang yang memasang aplikasi tersebut di telefon menggunakan sistem operasi Android. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda