Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Belanda kembalikan lebih 28,000 fosil kepada Indonesia

    THE HAGUE, 26 SEPT – Kerajaan Belanda bersetuju mengembalikan ribuan fosil kepada Indonesia daripada koleksi terkenal di dunia, selepas sebuah jawatankuasa memutuskan fosil-fosil itu telah diambil pada era kolonial yang ‘bertentangan kehendak rakyat,’ kata Kementerian Pendidikan hari ini.

    Koleksi yang penting dari segi sejarah itu dikenali sebagai Koleksi Dubois, termasuk satu tengkorak yang digali dari Sungai Solo di pulau Jawa dan dianggap sebagai bukti fosil pertama Homo erectus.

    Fosil tersebut umumnya dianggap sebagai spesies Homo sapiens, yang sering dirujuk sebagai ‘Manusia Jawa’.

    Keputusan untuk memulangkan lebih daripada 28,000 fosil kepada Indonesia merupakan tindakan terkini oleh kerajaan Belanda dalam memulangkan karya seni dan artifak yang diambil sering kali secara paksa dari negara-negara di seluruh dunia semasa zaman kolonial.

    Fosil-fosil itu telah digali pada akhir abad ke-19 oleh pakar anatomi dan ahli geologi Belanda, Eugene Dubois, ketika Indonesia masih dibawah penjajahan Belanda.

    Selepas penyelidikan menyeluruh, Jawatankuasa Koleksi Kolonial Belanda menyimpulkan ‘cara fosil-fosil itu diambil bermakna ia mungkin tanpa persetujuan rakyat, sekali gus merupakan satu tindakan ketidakadilan terhadap mereka.

    Fosil-fosil tersebut mempunyai nilai rohani dan ekonomi bagi penduduk tempatan, yang telah dipaksa untuk mendedahkan tapak fosil berkenaan.

    Menteri Pendidikan, Budaya dan Sains, Gouke Moes memeterai perjanjian tersebut hari ini dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Fadli Zon, di muzium Naturalis di Leiden, di mana koleksi itu kini disimpan.

    Pada hari yang sama, Presiden Indonesia, Prabowo Subiant turut mengadakan perjumpaan dengan Raja Belanda, Willem-Alexander dan Ratu Maxima di istana The Hague. Beberapa negara Barat turut memulangkan artifak yang dijarah.

    Awal bulan ini, Madagascar menerima tiga tengkorak pejuang peribumi yang dipulangkan dari Perancis, termasuk satu yang dipercayai milik seorang raja yang dibunuh oleh tentera Perancis 128 tahun lalu. – AP

    Prabowo Subianto (kiri) bergambar bersama Ratu Belanda Maxima (tengah) dan Raja Willem-Alexander di istana diraja Huis ten Bosch di The Hague, Belanda pada 26 September. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda