Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Belanda larang penjawat awam guna aplikasi TikTok

    LONDON, 22 MAC – Kerajaan Belanda akan mengharamkan penggunaan aplikasi perkongsian video TikTok pada telefon yang digunakan untuk tugasan rasmi, lapor media tempatan kelmarin.

    Sejumlah 140,000 penjawat awam Belanda hanya boleh menggunakan aplikasi yang diluluskan, bermakna ‘aplikasi sensitif pengintipan’ tidak lagi dibenarkan, lapor agensi Anadolu memetik NL Times.

    “Persoalan yang dibangkitkan di parlimen dan perkembangan antarabangsa baru-baru ini mendorong kami membuat penilaian dengan berhati-hati,” kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Alexandra van Huffelen dalam suratnya kepada parlimen.

    Perkhidmatan Perisikan Am dan Keselamatan Belanda (AIVD) baru-baru ini memberi amaran tentang ‘risiko tinggi pengintipan’ daripada negara yang mempunyai program siber yang menyasarkan Belanda dan kepentingannya.

    Amerika Syarikat, United Kingdom (UK), Kanada dan Belgium serta institusi Kesatuan Eropah (EU) sebelum ini mengharamkan pemasangan aplikasi itu ekoran kebimbangan terhadap keselamatan data yang mungkin diakses oleh China. – Bernama

    Bangunan TikTok Inc. yang berada di Culver City, California. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...