Wednesday, July 16, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Belanda pulangkan semula 119 artifak kepada Nigeria

    ABUJA, 23 JUN – Belanda telah memulangkan 119 artifak yang pernah dirampas dari Nigeria, termasuk patung manusia dan haiwan, plak, regalia diraja dan sebuah loceng, baru-baru ini.

    Artifak-artifak tersebut, yang dikenali sebagai Benin Bronzes, kebanyakannya disimpan di sebuah muzium di bandar Leiden dan telah dirampas oleh tentera British pada penghujung abad ke-19.

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, muzium-muzium di Eropah dan Amerika Utara telah mengambil langkah untuk menyelesaikan pertikaian pemilikan artifak yang dirampas semasa era penjajahan. Pemulangan ini dilakukan atas permintaan Suruhanjaya Kebangsaan Nigeria untuk Muzium dan Monumen.

    Pengarah Muzium Wereld, Marieke Van Bommel, menyatakan bahawa kerajaan Belanda komited untuk memulangkan artifak yang bukan milik negara itu.

    Sementara itu, Olugbile Holloway, pengarah suruhanjaya Nigeria, berkata pemulangan 119 artifak ini merupakan pemulangan terbesar secara tunggal setakat ini, dan pihaknya terus berusaha mendapatkan kembali lebih banyak artifak yang telah dirampas semasa zaman penjajahan.

    Nigeria secara rasmi mengemukakan permintaan pemulangan ratusan objek dari muzium di seluruh dunia pada tahun 2022. Sebanyak 72 objek telah dipulangkan dari sebuah muzium di London pada tahun yang sama, manakala 31 lagi dari sebuah muzium di Rhode Island. – AP

    Artifak Benin Bronzes yang pernah dirampas, kini dipulangkan semula kepada Nigeria semasa majlis penyerahan rasmi di Lagos, Nigeria, pada 21 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda