Monday, April 28, 2025
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Belanda rai ulang tahun Raja Willem-Alexander ke-58

    THE HAGUE, 27 APRIL – Di Belanda, orang ramai terlihat memakai pakaian tuksedo dan pakaian yang diperbuat daripada bulu burung boa bewarna jingga sambil menaiki bot-bot, memenuhi perayaan di Amsterdam untuk menyambut hari ulang tahun Raja Willem-Alexander kelmarin.

    “Saya suka. Ini merupakan hari di mana setiap tahun semua orang berkumpul, hanya meraikan dan tidak kira dari mana anda datang, semua orang diterima,” kata Dicky van Warmerdam, 22 tahun. “Dan jika anda melihat sekeliling, ia hanya satu pesta besar dan siapa yang tidak mahu itu?”

    Perarakan rasmi oleh Raja Willem-Alexander dan ahli keluarganya di bandar Doetinchem, timur negara, bermula sejam lebih lewat daripada yang dirancang untuk mengelakkan pertindihan dengan pengebumian Pope Francis di Vatican.

    Dalam sebuah mesej video, Willem-Alexander berkata sambutan Hari Belanda “mempunyai dua wajah” disebabkan memberi penghormatan kepada pengebumian Paus Francis.

    Ulang tahun ke-58 sepatutnya dirayakan kelmarin, tetapi telah disambut sehari lebih awal iaitu pada malam Jumaat.

    Bandar tengah Utrecht terlihat dipenuhi oleh para pedagang di tepi jalan raya dan juga kemeriahan pesta. – AP 

    Herengracht dipenuhi dengan bot-bot apabila orang ramai meraikan hari ulang tahun raja di Amsterdam, Belanda, pada 26 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda