Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Belanda tawar kepakaran dalam pengurusan air

    KUCHING, 4 DIS – Belanda bersedia memberikan bantuan dan kepakaran teknikal kepada Sarawak terutama dalam pengurusan air, kata Duta Besar Belanda ke Malaysia Jacques Werner.

    Beliau berkata Belanda yang mempunyai reputasi kukuh dalam pengurusan air dan teknologi, boleh menjadi rakan kongsi penting kepada Sarawak.

    “Kami memiliki kepakaran terutama dalam pencegahan dan tebatan banjir, pengurusan hakisan pantai serta penyediaan air bersih untuk kegunaan minuman dan pengairan.

    “Kami menawarkan sokongan dan bantuan dalam bidang berkenaan. Saya yakin kami dapat kembali ke Sarawak bersama-sama beberapa syarikat Belanda untuk meneroka apa yang kami mampu lakukan bersama,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

    Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata inisiatif berkenaan bertujuan membantu Malaysia mengurangkan dan mengawal risiko banjir di samping memperkukuh kesiapsiagaan dalam menghadapi kesan perubahan iklim pada masa depan. – Bernama

    Duta Belanda ke Malaysia, Jacques Werner bercakap kepada pemberita di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya kelmarin. – Bernama
    Gambar Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda