Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Belgium kekal kedudukan tempat pertama FIFA

    ZURICH, 27 NOV – Belgium masih mengekalkan kedudukan di tempat pertama, FIFA mengeluarkan senarai kedudukan terakhirnya untuk 2020 hari ini dan menetapkan untuk pasukan bahagian Eropah dari seri kelayakan Piala Dunia.

    Juara Piala Dunia, Perancis berada di tempat kedua diikuti dengan Brazil di tempat ketiga dan England di tempat keempat.

    Juara Eropah, Portugal melengkapkan kedudukan lima teratas, dengan Sepanyol meraih di tempat keenam.

    FIFA akan menjadi tuan rumah bagi undian kejuaraan Eropah pada 7 Disember.

    Sebanyak 10 pasukan teratas termasuk Itali, yang menduduki tempat kedua empat tahun lalu dan gagal melayakkan diri ke kejohanan Piala Dunia 2018 di Rusia setelah tersingkir dalam kumpulan dengan Sepanyol.

    Reaksi pasukan Belgium semasa perlawanan Liga Negara-negara UEFA menentang England di Stadium King Power di Leuven, Belgium, pada 15 November lalu. – AP

    Belanda, yang berada di kedudukan ke-14 manakala Switzerland di tempat ke-16.

    Manakala 10 pemenang kumpulan akan layak secara automatik untuk kejohanan Piala Dunia 2022 di Qatar.

    Sementara 10 naib juara dalam peringkat kumpulan akan memasuki playoff, disertai oleh dua pasukan dari kumpulan Liga Negara-negara.

    Argentina naik satu anak tangga ke tempat ketujuh setelah dua pusingan kelayakan Piala Dunia di Amerika Selatan. Uruguay jatuh satu anak tangga ke tangga ke-8.

    Tempat kesembilan, Mexico adalah pasukan dengan kedudukan tertinggi dari wilayah CONCACAF, sementara Amerika Syarikat kekal di tempat ke-22.

    Senegal mendahului negara-negara Afrika di tangga ke-20, sementara Jepun adalah pasukan teratas Asia di tangga ke-27. Tuan rumah Piala Dunia Qatar turun dua tempat ke-59. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda