Saturday, June 29, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Belgium sasar kedudukan teratas Kumpulan E

    STUTTGART, 25 JUN – Belgium akan menghadapi perlawanan terakhir Kumpulan E menentang Ukraine di Euro 2024 dengan matlamat merebut tempat teratas dalam kumpulan di mana keempat-empat pasukan termasuk Romania dan Slovakia berada pada kedudukan yang sama dengan tiga mata.

    Ini adalah kali pertama dalam sejarah kejohanan berkenaan di mana setiap pasukan dalam kumpulan yang sama mempunyai jumlah mata yang sama menjelang pusingan terakhir perlawanan.

    Belgium mengatasi kekalahan mengejut 1-0 kepada Slovakia dalam perlawanan pembukaan mereka dengan menewaskan Romania 2-0, ketika Kevin De Bruyne mempamerkan persembahan cemerlang pada masa yang tepat bagi mengelakkan pasukannya daripada satu lagi penyingkiran awal.

    Masih ada kerja yang perlu dilakukan di Stuttgart untuk Belgium, yang menyaksikan ahli-ahli penting generasi emas meninggalkan pasukan tersebut selepas negara itu tersingkir di peringkat kumpulan pada Piala Dunia 2022. – AFP

    Tedesco semasa menghadiri sesi latihan di Ludwigsburg kelmarin, menjelang perlawanan menentang Ukraine. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China pecat bekas menteri pertahanan

    BEIJING, 28 JUN - Bekas menteri pertahanan China, Li Shangfu telah dipecat daripada Parti Komunis yang memerintah kerana menyebabkan ‘kerosakan besar kepada puncanya’ melalui...

    Xi bertemu PM Vietnam