Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beli tanah RM155 juta: Peter Anthony beri keterangan

    KOTA KINABALU, 5 Jan – Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Peter Anthony memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah di sini, hari ini berhubung  kes pembelian tanah ladang kelapa sawit bernilai kira-kira RM155 juta di Daerah Tongod, Sabah.

    Peter tiba di pejabat SPRM itu pada 10.25 pagi dengan ditemani peguamnya Martin Tommy.

    Rabu lepas, SPRM mengeluarkan notis memberi tempoh 48 jam kepada Peter dan seorang peguam Michael Persius Ubu untuk menyerah diri di Pejabat SPRM Sabah bagi membantu siasatan kes berkenaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda